Biodata
Dilahirkan
di Brickfields yang merupakan "India Kecil" kepada Kuala Lumpur,
Ananda ialah anak kepada sebuah keluarga Tamil daripada Sri Lanka. Sewaktu
kecil, beliau seorang kanak-kanak gagap.
Ananda
belajar di Sekolah Tamil Vivekananda di Kuala Lumpur dan kemudiannya di
Institut Victoria, Kuala Lumpur. Beliau memperoleh ijazah Sarjana Mudanya
(Kepujian) daripada Universiti Melbourne, Australia dan Sarjana Pentadbiran
Perniagaan daripada Universiti Harvard, Amerika Syarikat pada tahun 1964.
Ananda pernah berkahwin dengan seorang puteri Thailand sewaktu muda lagi.
Tatparanandam
Ananda Krishnan (lahir 1938) merupakan usahawan yang kedua terkaya di Malaysia
serta yang ke-138 di dunia, dengan nilai bersih yang dianggarkan sebanyak AS$4
bilion, menurut Majalah Forbes (2005). Beliau terlibat dalam pelbagai bidang
perniagaan, termasuknya minyak, penternakan kuda bibit (di Australia),
perjudian, studio kartun Hollywood, telekomunikasi, multimedia, perkapalan,
tenaga, dan harta tanah. Syarikat-syarikatnya beroperasi di kebanyakan tempat
di Asia Tenggara.
Pada
tahun 1985, bersama Bob Geldof dari Britain, Ananda menjadi penaja konsert Band
Aid yang sulung dan yang memainkan peranan penting dalam pengenalan Live Aid ke
Asia Beliau tidak suka menonjolkan diri dan sentiasa memeliharakan profil yang
rendah, akan tetapi kegiatan-kegiatan perniagaannya yang amat berjaya selalu
menyebabkannya menjadi perhatian ramai.
Kerjaya
Bagi
kebanyakan rakyat Malaysia, iaitu tempat asalnya, latar belakang Ananda sebelum
tahun 1992 merupakan satu misteri. Banyak cerita mengenai kejayaannya melalui
kegiatan-kegiatan perjudiannya di Australia dan sebagai pembuat tawaran
perniagaan (dealmaker) kini telah pun disiarkan di media tempatan dan asing.
Salah satu suku daripada kekayaannya datangnya daripada usaha perjudian
(loteri, pertaruhan perlumbaan kuda).
Usaha
Ananda yang sulung adalah dalam bidang perdagangan minyak. Sebelum 1992, Ananda
merupakan seorang pembuat tawaran perniagaan dalam urus niaga minyak mentah
yang mempunyai hubungan rapat dengan golongan pemimpin negara dan pegawai
korporat industri petroleum di Asia. Beliau juga amat berjaya dalam pelbagai
bidang perniagaan, termasuknya spekulasi pasaran minyak di Amerika Syarikat.
Perhubungan
dengan tokoh-tokoh politik
Pada
masa Tengku Razaleigh Hamzah berada di kemuncak kekuasaannya sebagai Menteri
Kewangan Malaysia, Anandalah yang merupakan rakan yang sentiasa menghadiri perjumpaan-perjumpaan,
baik sosial mahupun rasmi, bersama-samanya. Dan apabila Tengku Razaleigh
terlibat dalam perunding-perundingan yang penting, Anandalah yang menjadi orang
perantaraan. Tengku Razaleigh adalah yang memperkenalkan Ananda kepada Dr Mahathir
dalam tahun 1970-an. Tetapi Ananda sendiri yang telah berusaha memupuk
perhubungan beliau dengan Dr Mahathir. Walaupun hubungannya dengan Dr Mahathir
semakin rapat, beliau mengekalkan hubungannya dengan Tengku Razaleigh. Setelah
Tengku Razaleigh meninggalkan UMNO dan menubuhkan Semangat 46, Ananda telah
memainkan peranan yang utama dalam pemulihan semula hubungannya dengan Dr
Mahathir yang berakhir dengan pengembalian Tengku Razaleigh ke UMNO pada tahun
1996.
Oleh
kerana hubungannya yang rapat dengan Dr Mahathir, Ananda sentiasa dianggap
sebagai kroninya. Pada akhir tahun 1991, Ananda telah mengambil alih Industri
Lumba Kuda Malaysia yang terletaknya di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur
yang merupakan kawasan harta tanah yang termahal di Malaysia (dahulunya Padang
Lumba Kuda Selangor). Beliau juga meraih keuntungan daripada dasar penswastaan
Malaysia. Pada tahun 1993, sebuah syarikat yang dikuasai Ananda telah mengambil
alih satu pertiga ekuiti dalam syarikat Powertek. Adalah Ananda yang meyakinkan
Dr Mahathir terhadap pembinaan Menara Berkembar Petronas yang kini merupakan
bangunan berkembar tertinggi di dunia, dan yang dimilik sebahagiannya oleh
beliau.
Empayar
multimedia
Pada
awal 1990-an, Ananda memulakan sebuah empayar multimedia yang kini termasuk:
- Maxis Communications Berhad (Maxis)
- Sistem Rangkaian Siaran Measat (MEASAT Broadcast Network Systems) - hak milik sebanyak 91%
- Astro All Asia Networks Plc
- Binariang Satellites Systems Sdn Bhd (hak milik hampir 100%)
- Bumi Armada Berhad
- Objektif Bersatu Sdn Berhad - hak milik sebanyak 49%
- Celestial Pictures Ltd yang berasas di Hong Kong - hak milik sebanyak 100%
Kejayaan
Ananda
membeli 46% daripada ekuiti Maxis daripada Telekom British dan AT&T dengan
harga sebanyak AS$680 juta dan menaikkan hak miliknya menjadi 70%. Maxis ialah
syarikat telefon bimbit yang terbesar di Malaysia, dengan jumlah pengguna
melebihi 8 juta, dan bahagian pasaran tempatan melebihi 40%.
Ananda
juga merupakan ketua Astro All Asia Networks Plc yang merupakan rangkaian
televisyen berbayar yang sulung di Malaysia. Beliau juga mempunyai rangkaian
pawagam multipleks yang memegang lebih daripada 800 judul filem, serta memiliki
sebahagian daripada TVB.com (cabang interaktif kepada penyiar utama di Hong
Kong) dan arkib filem Shaw Brothers.
Pada
tahun 1996, Ananda melancarkan satelit perhubungan Malaysia yang sulung,
berikut kemudian dengan satelit yang kedua, melalui syarikatnya Binariang
Satellites Systems Sdn Bhd. Bagaimanapun, kegawatan ekonomi yang melanda
negara-negara Asia Tenggara mengurangkan keuntungan syarikat itu dan memaksanya
memberhentikan sejumlah pekerja-pekerja dan menangguhkan beberapa projek
multimedianya.
Ananda
kini merupakan Rupert Murdoch Asia Tenggara. Apa yang membezakan Ananda
daripada kroni-kroni yang lain ialah beliau telah berjaya mengumpulkan harta
kekayaan berjuta-juta ringgit melalui usahanya di luar negara sebelum
mengalihkan pandangan ke dalam negara.
No comments:
Post a Comment