PENGENALAN
Apakah
yang dimaksudkan dengan keusahawanan dan usahawan? Sebenarnya tiada definisi
yang jelas mengenai konsep keusahawanan dan usahawan. Penyelidik, pengarang dan
berbagai pihak yang membuat pemerhatian dan kajian membuat pelbagai huraian
mengikut disiplin masing-masing. Istilah keusahawanan dan usahawan digunakan
oleh berbagai lapisan masyarakat dengan membawa erti yang berbeza. Walaupun
terdapat beberapa persetujuan kepada definisi yang diterima pakai, namun begitu
masih terdapat kekeliruan. Kesannya, tiada seorangpun yang dapat memahami
sepenuhnya siapa usahawan dan apa yang mewujudkan keusahawanan.
Dalam
entri blog saya sebelum ini, saya menceritakan ciri-ciri tokoh usahawan yang
berjaya bergelar jutawan. Tan Sri Syed Mokhtar
Al-Bukhari dan Tatparanandam
Ananda Krishnan merupakan usahawan-usahawan yang terkenal di Malaysia. Pada
kali ini, saya akan berkongsi pula tentang kompetensi keusahawanan. Kompetensi
keusahawanan bermaksud kemampuan diri seseorang untuk melaksanakan
fungsi-fungsi keusahawanan dengan lebih berkesan bersesuaian dengan tugasnya
sebagai seorang usahawan.
DEFINISI USAHAWAN DAN
KEUSAHAWANAN
USAHAWAN
Perkataan
usahawan mula diperkenalkan dalam tahun 1970 iaitu semasa pelancaran Dasar
Ekonomi Baru. Ianya bukanlah satu perkara yang baru kepada kita. Pada masa
zaman Melayu Melaka, mereka yang melibatkan diri dalam bidang perniagaan
dipanggil sebagaipedagangmanakala pada tahun 1900an mereka dikenali sebagai
peniaga.
Perkataan
usahawan mempunyai erti yang sama dengan perkataan Inggeris ‘entrepreneur’.
Perkataan ‘entrepreneur’ berasal dari perkataan Perancis, ‘entreprendre’ yang
bererti memikul tugas atau tanggungjawab. Perkataan ‘entrepreneur’ telah
digunakan semenjak tahun 1775 oleh Richard Cantillon yang merujuk kepada
kegiatan dalam keusahawanan.
Banyak
kajian telah dilakukan oleh pelbagai pihak dan beberapa pengertian kepada
perkataan usahawan telah diberikan seperti berikut:-
1.
The Encyclopedia Americana International Edition memberi maksud usahawan
sebagai ahli perniagaan yang mengambil risiko menggabungkan faktor pengeluaran
termasuk modal, buruh, bahan dan menerima ganjaran melalui keuntungan daripada
nilai pasaran barangannya.
2.
Joseph A.Schumpeter, seorang ahli ekonomi menyatakan usahawan adalah seorang
inovator yang boleh mengakibatkan kepada suatu pembaharuan.
3.
Webster’s Third New International Dictionary pula mentakrifkan usahawan sebagai
orang yang mengurus suatu kegiatan ekonomi terutamanya mengelola, memiliki,
mengurus dan menanggung risiko sesuatu perniagaan.
KEUSAHAWANAN
Keusahawanan
adalah di antara perkara yang terpenting kepada individu, keluarga, pembangunan
masyarakat, pembangunan negara serta agama. Ianya merupakan satu bidang ilmu
yang merangkumi unsur-unsur sikap, kemahiran dan pengetahuan yang berkaitan
dengan perniagaan dan perusahaan.
Sikap
Kemahiran Keusahawanan adalah di antara perkara yang terpenting kepada
individu, keluarga, pembangunan masyarakat, pembangunan negara serta agama.
Ianya merupakan satu bidang ilmu yang merangkumi unsur-unsur sikap, kemahiran
dan pengetahuan yang berkaitan dengan perniagaan dan perusahaan
Mengikut
Yep Putih (1989), keusahawanan dikatakan sebagai satu kebolehan, kemampuan, dan
kecenderungan untuk melakukan perkara-perkara berikut :-
•Mengenalpasti
peluang perniagaan
•Mengendalikan
usaha perniagaan yang menguntungkan dirinya sendiri dan orang ramai.
•Mendapatkan
kejayaan melalui usaha-usaha yang dapat memenuhi keperluan orang ramai.
•Mendapatkan
kekayaan dengan cara berusaha memenuhi keperluan masyarakat.
•Mengambil
risiko yang telah diperhitungkan (calculated risk)
•Mentadbir
dan menggunakan faktor-faktor pengeluaran bagi menghasilkan pembangunan ekonomi
dan kebajikan
sosial.
•Sentiasa
berusaha dan bersedia untuk membuat pembaharuan yang boleh meningkatkan daya
pengeluaran dari masa ke semasa.
Secara
ringkasnya boleh dinyatakan bahawa keusahawanan sebagai kualiti manusia yang
bukan sahaja mendatangkan faedah kepada dirinya sendiri tetapi ia dapat
membangunkan ekonomi dengan pesat serta memberi sumbangan kepada orang lain. Ia
merupakan proses mewujudkan dan mengurus perniagaan untuk mencapai objektif
yang dihajati.
KOMPETENSI
KEUSAHAWANAN
Berikut ini
disenaraikan kompetensi keusahawan diri terhadap usahawan-usahawan berjaya yang
mana dianggap penting dari sudut nilai-nilai keusahawanan, sikap dan motivasi
keusahawanan.
1.
BERINISIATIF
Daya inisiatif adalah
satu daripada kompetensi keusahawanan yang paling penting kerana dengan ciri
ini beliau akan mempunyai kecenderungan untuk melihat dan menganalisis sesuatu
situasi atau keadaan dengan cekap. Hasil daripada sikap tanpa menunggu
diarahkan atau dipaksa melakukan sesuatu untuk kejayaan sendiri, individu yang
berinisiatif itu dapat melihat perkara-perkara yang perlu dilakukan melalui
intuisi dan imiginasinya. Sikap ini akan membawa usahawan tersebut selangkah
lebih maju dari orang lain.
2.
MELIHAT DAN MEREBUT PELUANG
Kejayaan seseorang
usahawan banyak bergantung kepada kemampuannya melihat dan merebut
peluang-peluang yang wujud di sekitarnya. Kata-kata hikmat yang penting kepada
seseorang usahawan ialah peluang mesti dicari, ianya tidak diberi.
Peluang-peluang perniagaan boleh wujud hasil daripada perkara-perkara seperti
permintaan yang tidak dapat dipenuhi oleh usahawan lain, kewujudan teknologi
baru, kemahiran yang wujud dalam persekitaran, sumber-sumber alam yang belum
diterokai dan halacara baru dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan.
3.
KECEKALAN
Liku-liku hidup
seorang usahawan adalah kompleks. Usahawan perlu mengharungi berbagai-bagai
halangan dan masalah perniagaan. Untuk itu, usahawan perlu mempunyai ketabahan
dan kecekalan diri yang tinggi. Sikap seseorang yang cekal iaitu berusaha
berulangkali atau mencari jalan untuk mengatasi rintangan-rintangan yang
menghalang pencapaian maklumat.
4. MENCARI MAKLUMAT
Kejayaan atau
kegagalan sesebuah syarikat banyak bergantung kepada mutu maklumat yang
diperolehi, secukup mana maklumat itu dikumpul dan cara maklumat tersebut
digunakan dalam membuat keputusan. Usahawan yang sensitif kepada maklumat akan
mempelajari dan mengambil ikhtibar dari apa jua bentuk maklum balas yang
diperolehi samada dalam bentuk kritikan dari orang lain atau dari hasil
perbuatannya sendiri.
5.
MENITIKBERATKAN MUTU KERJA YANG TINGGI
Seseorang usahawan
tulin akan sensitif dan sentiasa menitikberatkan mutu dan piawaian penghasilan
kerja atau perkhidmatan mereka. Usahawan tidak melakukan kerja semata-mata
untuk menyelesaikan tugasnya tetapi melalui kerjanya ia akan mencari kepuasan
dengan tahap pencapaian yang cemerlang dan bermutu. Hanya dengan kerja-kerja
yang bermutu, usahawan itu dapat meluaskan pasarannya dan meningkatkan lagi
prestasi serta imej syarikat dan dirinya.
6.
MEMBUAT PERANCANGAN YANG SISTEMATIK
Seseorang usahawan
perlu membuat perancangan yang sistematik dengan merancang dan mengatur
langkahnya dengan membahagi-bahagikan tugas atau kerja yang besar kepada tugas
yang lebih kecil dan mudah. Mewujudkan rancangan yang dapat mengatasi
rintangan-rintangan yang dijangkakan.
7.
MENYELESAIKAN MASALAH
Alam perniagaan penuh
dengan pelbagai masalah. Usahawan yang inginkan kejayaan perlu mampu
menyelesaikan masalah dengan cara mencari dan melahirkan idea-idea baru atau
penyelesaian masalah secara inovatif. Di samping itu mereka perlu mewujudkan
strategi-strategi alternatif yang lebih cekap dan lebih baik untuk mencapai
matlamat perniagaan.
8.
KEYAKINAN DIRI
Usahawan perlulah
mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri dan menunjukkan sikap yakin terhadap
kemampuan diri dalam membuat keputusan atau dalam menyahut sesuatu cabaran.
Individu tersebut juga perlu berpendirian terhadap apa yang sedang dilakukan.
KESIMPULAN
Usahawan merupakan
pemangkin kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. maju dan
mundur ekonomi sesebuah negara adalah bergantung kepada usahawan yang dinamis
dan berpandangan jauh. Mereka adalah individu yang unik dan berbeza dengan
insan biasa. Ciri-ciri keusahawanan yang ada pada individu usahawan berupaya
membangunkan bukan sahaja diri usahawan sendiri, tetapi juga bertanggungjawab
kepada pembangunan masyarakat dan negara. Malah hasil usahawan mampu memberi
kesejahteraan kepada masyarakat seluruh dunia. Ini adalah kerana usahawan
merupakan daya penggerak yang mewujud, memulakan dan sentiasa berusaha
memperkembangkan sesuatu usaha teroka yang diceburi. Jesteru itu mereka dapat
mencipta pekerjaan kepada penduduk sesebuah negara. Ini seterusnya dapat
mengatasi atau mengurangkan masalah pengangguran negara. Usahawan juga
berperanan untuk meningkatkan pendapatan dan meninggikan taraf hidup masyarakat
secara keseluruhan.
terima kasih yang tidak terhingga akan perkongsian, amat-amat membantu saya dalam melaksanakan kerja kursus.
ReplyDeleteJika anda mempunyai masalah kewangan, maka sudah tiba masanya untuk anda tersenyum. Anda hanya perlu menghubungi Encik Benjamin dengan jumlah yang anda ingin pinjam dan tempoh pembayaran yang sesuai dengan anda dan anda akan mempunyai pinjaman anda dalam tempoh tiga hari bekerja. Saya hanya mendapat manfaat untuk keenam kali pinjaman sebanyak 700 ribu dolar untuk tempoh 180 bulan dengan kemungkinan membayar sebelum tarikh tamat tempoh. Encik Benjamin telah membantu saya dengan pinjaman.Membuat hubungan dengannya dan anda akan melihat bahawa dia adalah seorang yang sangat jujur dengan hati yang baik. E-melnya adalah lfdsloans@lemeridianfds.com dan nombor telefon WhatAppnya ialah + 1-989-394- 3740
ReplyDelete