Ciri-ciri
Usahawan Yang Berjaya
1.
Daya Inisiatif
Memulakan
tindakan walaupun melampaui keperluan kerja yang diperlukan oleh situasi.
i.
Melakukan sesuatu sebelum diarah atau dipaksa oleh keadaan.
ii.Bertindak
untuk mempelbagaikan perniagaan, barang keluaran atau perkhidmatan ke dalam
bidang-bidang yang baru.
2.
Kemampuan Melihat dan Merebut Peluang
Mencari
dan bertindak terhadap peluang-peluang baru dalam perniagaan.
i. Mencari
dan bertindak terhadap peluang baru yang muncul.
ii.Merebut
peluang yang luar biasa untuk memperluaskan pasaran atau mempertingkatkan
perniagaan.
3.
Cekal
Melakukan
usaha berulang kali untuk mengatasi halangan yang boleh membantutkan pencapaian
matlamat.
i.
Berusaha berulang kali atau dengan cara lain untuk mengatasi masalah.
ii.Mengambil
tindakan untuk melakukan sesuatu penyelesain bila menghadapi masalah besar.
4.
Kemampuan Mencari Maklumat
Berusaha
sendiri untuk mendapatkan maklumat demi
untuk mencapai matlamat perniagaan atau menyelesaikan masalah perniagaan.
i. Melakukan penyelidikan sendiri
ii.
Mendapatkan khidmat nasihat pakar.
iii.Bertanya
sendiri kepada pelanggan.
iv.Membuat
penyiasatan sendiri.
v.
Menggunakan rakan atau rangkaian maklumat.
5.
Penyelesaian Masalah Secara Kreatif
Mengenalpasti
idea- idea baru yang mempunyai pontensi dari segi keunikan untuk menyelesaikan
masalah dan penyampaian maklumat.
i.
Beralih kepada strategi alternatif untuk mencapai matlamat.
ii.Menghasilkan
idea - idea baru untuk penyelesaian yang inovatif.
6.
Keyakinan Diri
Mempunyai
kepercayaan yang tinggi terhaap kemampuan diri sendiri.
i. Keyakinan tinggi terhadap kemampuan diri
dalam menghadapi cabaran.
ii.
Berpendirian dalam menyatakan keputusan sendiri walaupun mendapat tentangan
hebat.
iii.Melakukan
sesuatun unutuk mengurangakan risiko dalam melaksanakan keputusan.
7.
Ketegasan
Sanggup
menghadapi masalah dengan orang lain secara berterus terang.
i. Mencari penyelesaian masalah secara terus
terang.
ii.
Memberitahu pelangganm, pekerja atau yang berkenaan apa yang patut mereka
lakukan.
iii.Memberi
amaran atau mengambil tindakan disiplin tanpa memilih kasih.
8. Kemampuan
Meyakinkan Orang Lain
Mampu
memujuk, mengajak dan meyakinkan orang lain.
i. Memujuk dan meyakinkan orang lain unutk
memberi perkhidmatan pelaburan atau pinjaman.
ii.
Memujuk dan meyakinakan orang untuk melaksanakan kerja.
iii.Meyakinkan
pelanggan terhadap keluaran atau perkhidmatan syarikat.
9.
Menitikberatkan Mutu Kerja Yang Tinggi
Berusaha
untuk mencapai tahap atau melampaui piawaian untuk menghasilkan perkhidmatan
cemerlang.
i.
Berkeinginan untuk perkhidmatan yang bermutu.
ii.Meningkatkan
mutu kerja kepada tahap yang lebih tinggi.
10. Komitmen
Terhadap Perjanjian Kerja
Memberi
keutamaan dalam mempastikan sesuatu tugas atau kerja disiapkan mengikut
perjanjian.
i. Melakukan usaha-usaha yang lebih dari biasa
untuk menyelesaikan masalah dan kepuasan pelanggan.
ii.
Mengambil tanggunjawab sepenuhnya dalam menghadapi masalah dan kepuasan
pelanggan.
iii.Mengambilalih
tugas unutk mempastikan kerja disiapkan dengan baik.
iv.Menitikberatkan
kepuasan pelanggan.
11.
Orientasi Ke Arah Kecekapan
Mencari
kaedah yang lebih pantas dan sumber input yang lebih berkesan unutk penjimatan
kos.
i. Mencari jalan untuk melakukan kerja dengan
lebih pantas.
ii.
Mempertingkatkan kecekapan melalui maklumbalas.
iii.Memberi
perhatian yang tinggi terhadap perbandingan kos atau faedah hasil dari sesuatu
tindakan.
12.
Perancangan Yang Sistematik
Mewujudkan
dan menggunakan perancangan yang terperinci dan logikal untuk mencapai
matlamat.
i. Mewujudkan pembahagian tugas.
ii.
Mengambilkira strategi-strategi untuk mengatasi halangan dalam perlaksanaan.
iii.Menilai
pilihan yang ada.
iv.Mengambil
pendekatan yang sistematik dalam perlaksanaanaktiviti-aktiviti.
13.
Menggunakan Strategi-strategi Pengaruh
Kecenderungan
unutk memikirkan strategi yang boleh mempengaruhi orang lain tanpa tipu helah
dalam mencapai matlamat perniagaan.
i. Berusaha untuk mewujudkan rakan perniagaan (
business contacts)
ii. Menggunakan pengaruh orang lain sebagai agen
untuk mencapai matlamat.
iii.
Mengawal maklumat yang diberikan kepada orang lain.
iv.
Menggunakan strategi tertentu untuk mempengaruhi dn memujuk orang lain.
Selain
dari 13 ketrampilan diri usahawan berjaya yang telah diterangkan diatas,
usahawan yang berjaya juga mempamerkan matlamat yang jelas dan mencabar.
Penutup
Seseorang
yang beriltizam untuk menjadi usahawan perlu melakukan analisis diri dri segi
tahap ketrampilan keusahawanan yang wujud dalan diri sendiri. Dalam analisis
tersebut kekuatan dan kelemahan diri dari sudut keusahawan dikaji dan dinilai.
Ketrampilan keusahawanan yang tinggi perlu dipupuk dan ketrampilan yang lemah
perlu diatasi melalui proses perubahan sikap dan gaya individu tersebut
berfikir.
Selain
dari perilaku keusahawanan, individu yang ingin menjadi usahawan bertaraf
berjaya juga perlu sentiasa menunjukkan ciri-ciri ketaqwaan, beretika dalam
mengendalikan perniagaan dan tanggungjawab kepada pelanggan.
No comments:
Post a Comment