Friday, 6 December 2013

Ciri-ciri Usahawan Yang Berjaya

1. Daya Inisiatif

Memulakan tindakan walaupun melampaui keperluan kerja yang diperlukan oleh situasi.

i. Melakukan sesuatu sebelum diarah atau dipaksa oleh keadaan.
ii.Bertindak untuk mempelbagaikan perniagaan, barang keluaran atau perkhidmatan ke dalam bidang-bidang yang baru.

2. Kemampuan Melihat dan Merebut Peluang

Mencari dan bertindak terhadap peluang-peluang baru dalam perniagaan.

i. Mencari dan bertindak terhadap peluang baru yang muncul.
ii.Merebut peluang yang luar biasa untuk memperluaskan pasaran atau mempertingkatkan perniagaan.

3. Cekal

Melakukan usaha berulang kali untuk mengatasi halangan yang boleh membantutkan pencapaian matlamat.

i. Berusaha berulang kali atau dengan cara lain untuk mengatasi masalah.
ii.Mengambil tindakan untuk melakukan sesuatu penyelesain bila menghadapi masalah besar.

4. Kemampuan Mencari Maklumat
Berusaha sendiri  untuk mendapatkan maklumat demi untuk mencapai matlamat perniagaan atau menyelesaikan masalah perniagaan.

i.  Melakukan penyelidikan sendiri
ii. Mendapatkan khidmat nasihat pakar.
iii.Bertanya sendiri kepada pelanggan.
iv.Membuat penyiasatan sendiri.
v. Menggunakan rakan atau rangkaian maklumat.


5. Penyelesaian Masalah Secara Kreatif

Mengenalpasti idea- idea baru yang mempunyai pontensi dari segi keunikan untuk menyelesaikan masalah dan penyampaian maklumat.

i. Beralih kepada strategi alternatif untuk mencapai matlamat.
ii.Menghasilkan idea - idea baru untuk penyelesaian yang inovatif.

6. Keyakinan Diri

Mempunyai kepercayaan yang tinggi terhaap kemampuan diri sendiri.

i.  Keyakinan tinggi terhadap kemampuan diri dalam menghadapi cabaran.
ii. Berpendirian dalam menyatakan keputusan sendiri walaupun mendapat tentangan hebat.
iii.Melakukan sesuatun unutuk mengurangakan risiko dalam melaksanakan keputusan.

7. Ketegasan

Sanggup menghadapi masalah dengan orang lain secara berterus terang.

i.  Mencari penyelesaian masalah secara terus terang.
ii. Memberitahu pelangganm, pekerja atau yang berkenaan apa yang patut mereka lakukan.
iii.Memberi amaran atau mengambil tindakan disiplin tanpa memilih kasih.

8. Kemampuan Meyakinkan Orang Lain

Mampu memujuk, mengajak dan meyakinkan orang lain.

i.  Memujuk dan meyakinkan orang lain unutk memberi perkhidmatan pelaburan atau pinjaman.
ii. Memujuk dan meyakinakan orang untuk melaksanakan kerja.
iii.Meyakinkan pelanggan terhadap keluaran atau perkhidmatan syarikat.

9. Menitikberatkan Mutu Kerja Yang Tinggi

Berusaha untuk mencapai tahap atau melampaui piawaian untuk menghasilkan perkhidmatan cemerlang.
i. Berkeinginan untuk perkhidmatan yang bermutu.
ii.Meningkatkan mutu kerja kepada tahap yang lebih tinggi.

10. Komitmen Terhadap Perjanjian Kerja

Memberi keutamaan dalam mempastikan sesuatu tugas atau kerja disiapkan mengikut perjanjian.

i.  Melakukan usaha-usaha yang lebih dari biasa untuk menyelesaikan masalah dan kepuasan pelanggan.
ii. Mengambil tanggunjawab sepenuhnya dalam menghadapi masalah dan kepuasan pelanggan.
iii.Mengambilalih tugas unutk mempastikan kerja disiapkan dengan baik.
iv.Menitikberatkan kepuasan pelanggan.

11. Orientasi Ke Arah Kecekapan

Mencari kaedah yang lebih pantas dan sumber input yang lebih berkesan unutk penjimatan kos.

i.  Mencari jalan untuk melakukan kerja dengan lebih pantas.
ii. Mempertingkatkan kecekapan melalui maklumbalas.
iii.Memberi perhatian yang tinggi terhadap perbandingan kos atau faedah hasil dari sesuatu tindakan.

12. Perancangan Yang Sistematik

Mewujudkan dan menggunakan perancangan yang terperinci dan logikal untuk mencapai matlamat.

i.  Mewujudkan pembahagian tugas.
ii. Mengambilkira strategi-strategi untuk mengatasi halangan dalam perlaksanaan.
iii.Menilai pilihan yang ada.
iv.Mengambil pendekatan yang sistematik dalam perlaksanaanaktiviti-aktiviti.

13. Menggunakan Strategi-strategi Pengaruh

Kecenderungan unutk memikirkan strategi yang boleh mempengaruhi orang lain tanpa tipu helah dalam mencapai matlamat perniagaan.

i.  Berusaha untuk mewujudkan rakan perniagaan ( business contacts)
ii.  Menggunakan pengaruh orang lain sebagai agen untuk mencapai matlamat.
iii. Mengawal maklumat yang diberikan kepada orang lain.
iv. Menggunakan strategi tertentu untuk mempengaruhi dn memujuk orang lain.
Selain dari 13 ketrampilan diri usahawan berjaya yang telah diterangkan diatas, usahawan yang berjaya juga mempamerkan matlamat yang jelas dan mencabar.

Penutup

Seseorang yang beriltizam untuk menjadi usahawan perlu melakukan analisis diri dri segi tahap ketrampilan keusahawanan yang wujud dalan diri sendiri. Dalam analisis tersebut kekuatan dan kelemahan diri dari sudut keusahawan dikaji dan dinilai. Ketrampilan keusahawanan yang tinggi perlu dipupuk dan ketrampilan yang lemah perlu diatasi melalui proses perubahan sikap dan gaya individu tersebut berfikir.


Selain dari perilaku keusahawanan, individu yang ingin menjadi usahawan bertaraf berjaya juga perlu sentiasa menunjukkan ciri-ciri ketaqwaan, beretika dalam mengendalikan perniagaan dan tanggungjawab kepada pelanggan.

KONSEP KEUSAHAWANAN

PENGENALAN

Apakah yang dimaksudkan dengan keusahawanan dan usahawan? Sebenarnya tiada definisi yang jelas mengenai konsep keusahawanan dan usahawan. Penyelidik, pengarang dan berbagai pihak yang membuat pemerhatian dan kajian membuat pelbagai huraian mengikut disiplin masing-masing. Istilah keusahawanan dan usahawan digunakan oleh berbagai lapisan masyarakat dengan membawa erti yang berbeza. Walaupun terdapat beberapa persetujuan kepada definisi yang diterima pakai, namun begitu masih terdapat kekeliruan. Kesannya, tiada seorangpun yang dapat memahami sepenuhnya siapa usahawan dan apa yang mewujudkan keusahawanan.

Dalam entri blog saya sebelum ini, saya menceritakan ciri-ciri tokoh usahawan yang berjaya bergelar jutawan. Tan Sri Syed Mokhtar  Al-Bukhari dan  Tatparanandam Ananda Krishnan merupakan usahawan-usahawan yang terkenal di Malaysia. Pada kali ini, saya akan berkongsi pula tentang kompetensi keusahawanan. Kompetensi keusahawanan bermaksud kemampuan diri seseorang untuk melaksanakan fungsi-fungsi keusahawanan dengan lebih berkesan bersesuaian dengan tugasnya sebagai seorang usahawan.

DEFINISI USAHAWAN DAN KEUSAHAWANAN

USAHAWAN

Perkataan usahawan mula diperkenalkan dalam tahun 1970 iaitu semasa pelancaran Dasar Ekonomi Baru. Ianya bukanlah satu perkara yang baru kepada kita. Pada masa zaman Melayu Melaka, mereka yang melibatkan diri dalam bidang perniagaan dipanggil sebagaipedagangmanakala pada tahun 1900an mereka dikenali sebagai peniaga.

Perkataan usahawan mempunyai erti yang sama dengan perkataan Inggeris ‘entrepreneur’. Perkataan ‘entrepreneur’ berasal dari perkataan Perancis, ‘entreprendre’ yang bererti memikul tugas atau tanggungjawab. Perkataan ‘entrepreneur’ telah digunakan semenjak tahun 1775 oleh Richard Cantillon yang merujuk kepada kegiatan dalam keusahawanan.

Banyak kajian telah dilakukan oleh pelbagai pihak dan beberapa pengertian kepada perkataan usahawan telah diberikan seperti berikut:-

1. The Encyclopedia Americana International Edition memberi maksud usahawan sebagai ahli perniagaan yang mengambil risiko menggabungkan faktor pengeluaran termasuk modal, buruh, bahan dan menerima ganjaran melalui keuntungan daripada nilai pasaran barangannya.

2. Joseph A.Schumpeter, seorang ahli ekonomi menyatakan usahawan adalah seorang inovator yang boleh mengakibatkan kepada suatu pembaharuan.

3. Webster’s Third New International Dictionary pula mentakrifkan usahawan sebagai orang yang mengurus suatu kegiatan ekonomi terutamanya mengelola, memiliki, mengurus dan menanggung risiko sesuatu perniagaan.

KEUSAHAWANAN

Keusahawanan adalah di antara perkara yang terpenting kepada individu, keluarga, pembangunan masyarakat, pembangunan negara serta agama. Ianya merupakan satu bidang ilmu yang merangkumi unsur-unsur sikap, kemahiran dan pengetahuan yang berkaitan dengan perniagaan dan perusahaan.

Sikap Kemahiran Keusahawanan adalah di antara perkara yang terpenting kepada individu, keluarga, pembangunan masyarakat, pembangunan negara serta agama. Ianya merupakan satu bidang ilmu yang merangkumi unsur-unsur sikap, kemahiran dan pengetahuan yang berkaitan dengan perniagaan dan perusahaan

Mengikut Yep Putih (1989), keusahawanan dikatakan sebagai satu kebolehan, kemampuan, dan kecenderungan untuk melakukan perkara-perkara berikut :-

•Mengenalpasti peluang perniagaan

•Mengendalikan usaha perniagaan yang menguntungkan dirinya sendiri dan orang ramai.

•Mendapatkan kejayaan melalui usaha-usaha yang dapat memenuhi keperluan orang ramai.

•Mendapatkan kekayaan dengan cara berusaha memenuhi keperluan masyarakat.

•Mengambil risiko yang telah diperhitungkan (calculated risk)

•Mentadbir dan menggunakan faktor-faktor pengeluaran bagi menghasilkan pembangunan ekonomi dan kebajikan sosial.

•Sentiasa berusaha dan bersedia untuk membuat pembaharuan yang boleh meningkatkan daya pengeluaran dari masa ke semasa.


Secara ringkasnya boleh dinyatakan bahawa keusahawanan sebagai kualiti manusia yang bukan sahaja mendatangkan faedah kepada dirinya sendiri tetapi ia dapat membangunkan ekonomi dengan pesat serta memberi sumbangan kepada orang lain. Ia merupakan proses mewujudkan dan mengurus perniagaan untuk mencapai objektif yang dihajati.

KOMPETENSI KEUSAHAWANAN

Berikut ini disenaraikan kompetensi keusahawan diri terhadap usahawan-usahawan berjaya yang mana dianggap penting dari sudut nilai-nilai keusahawanan, sikap dan motivasi keusahawanan.

1. BERINISIATIF       
 
Daya inisiatif adalah satu daripada kompetensi keusahawanan yang paling penting kerana dengan ciri ini beliau akan mempunyai kecenderungan untuk melihat dan menganalisis sesuatu situasi atau keadaan dengan cekap. Hasil daripada sikap tanpa menunggu diarahkan atau dipaksa melakukan sesuatu untuk kejayaan sendiri, individu yang berinisiatif itu dapat melihat perkara-perkara yang perlu dilakukan melalui intuisi dan imiginasinya. Sikap ini akan membawa usahawan tersebut selangkah lebih maju dari orang lain. 

2. MELIHAT DAN MEREBUT PELUANG

Kejayaan seseorang usahawan banyak bergantung kepada kemampuannya melihat dan merebut peluang-peluang yang wujud di sekitarnya. Kata-kata hikmat yang penting kepada seseorang usahawan ialah peluang mesti dicari, ianya tidak diberi. Peluang-peluang perniagaan boleh wujud hasil daripada perkara-perkara seperti permintaan yang tidak dapat dipenuhi oleh usahawan lain, kewujudan teknologi baru, kemahiran yang wujud dalam persekitaran, sumber-sumber alam yang belum diterokai dan halacara baru dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan.

3. KECEKALAN

Liku-liku hidup seorang usahawan adalah kompleks. Usahawan perlu mengharungi berbagai-bagai halangan dan masalah perniagaan. Untuk itu, usahawan perlu mempunyai ketabahan dan kecekalan diri yang tinggi. Sikap seseorang yang cekal iaitu berusaha berulangkali atau mencari jalan untuk mengatasi rintangan-rintangan yang menghalang pencapaian maklumat.

4.  MENCARI MAKLUMAT

Kejayaan atau kegagalan sesebuah syarikat banyak bergantung kepada mutu maklumat yang diperolehi, secukup mana maklumat itu dikumpul dan cara maklumat tersebut digunakan dalam membuat keputusan. Usahawan yang sensitif kepada maklumat akan mempelajari dan mengambil ikhtibar dari apa jua bentuk maklum balas yang diperolehi samada dalam bentuk kritikan dari orang lain atau dari hasil perbuatannya sendiri.

5. MENITIKBERATKAN MUTU KERJA YANG TINGGI

Seseorang usahawan tulin akan sensitif dan sentiasa menitikberatkan mutu dan piawaian penghasilan kerja atau perkhidmatan mereka. Usahawan tidak melakukan kerja semata-mata untuk menyelesaikan tugasnya tetapi melalui kerjanya ia akan mencari kepuasan dengan tahap pencapaian yang cemerlang dan bermutu. Hanya dengan kerja-kerja yang bermutu, usahawan itu dapat meluaskan pasarannya dan meningkatkan lagi prestasi serta imej syarikat dan dirinya.


6. MEMBUAT PERANCANGAN YANG SISTEMATIK

Seseorang usahawan perlu membuat perancangan yang sistematik dengan merancang dan mengatur langkahnya dengan membahagi-bahagikan tugas atau kerja yang besar kepada tugas yang lebih kecil dan mudah. Mewujudkan rancangan yang dapat mengatasi rintangan-rintangan yang dijangkakan.

7. MENYELESAIKAN MASALAH

Alam perniagaan penuh dengan pelbagai masalah. Usahawan yang inginkan kejayaan perlu mampu menyelesaikan masalah dengan cara mencari dan melahirkan idea-idea baru atau penyelesaian masalah secara inovatif. Di samping itu mereka perlu mewujudkan strategi-strategi alternatif yang lebih cekap dan lebih baik untuk mencapai matlamat perniagaan.

8. KEYAKINAN DIRI

Usahawan perlulah mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri dan menunjukkan sikap yakin terhadap kemampuan diri dalam membuat keputusan atau dalam menyahut sesuatu cabaran. Individu tersebut juga perlu berpendirian terhadap apa yang sedang dilakukan.

KESIMPULAN

Usahawan merupakan pemangkin kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. maju dan mundur ekonomi sesebuah negara adalah bergantung kepada usahawan yang dinamis dan berpandangan jauh. Mereka adalah individu yang unik dan berbeza dengan insan biasa. Ciri-ciri keusahawanan yang ada pada individu usahawan berupaya membangunkan bukan sahaja diri usahawan sendiri, tetapi juga bertanggungjawab kepada pembangunan masyarakat dan negara. Malah hasil usahawan mampu memberi kesejahteraan kepada masyarakat seluruh dunia. Ini adalah kerana usahawan merupakan daya penggerak yang mewujud, memulakan dan sentiasa berusaha memperkembangkan sesuatu usaha teroka yang diceburi. Jesteru itu mereka dapat mencipta pekerjaan kepada penduduk sesebuah negara. Ini seterusnya dapat mengatasi atau mengurangkan masalah pengangguran negara. Usahawan juga berperanan untuk meningkatkan pendapatan dan meninggikan taraf hidup masyarakat secara keseluruhan.

Thursday, 5 December 2013

TATPARANANDAM ANANDA KRISHNAN



Biodata


Dilahirkan di Brickfields yang merupakan "India Kecil" kepada Kuala Lumpur, Ananda ialah anak kepada sebuah keluarga Tamil daripada Sri Lanka. Sewaktu kecil, beliau seorang kanak-kanak gagap.
Ananda belajar di Sekolah Tamil Vivekananda di Kuala Lumpur dan kemudiannya di Institut Victoria, Kuala Lumpur. Beliau memperoleh ijazah Sarjana Mudanya (Kepujian) daripada Universiti Melbourne, Australia dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Harvard, Amerika Syarikat pada tahun 1964. Ananda pernah berkahwin dengan seorang puteri Thailand sewaktu muda lagi.

Tatparanandam Ananda Krishnan (lahir 1938) merupakan usahawan yang kedua terkaya di Malaysia serta yang ke-138 di dunia, dengan nilai bersih yang dianggarkan sebanyak AS$4 bilion, menurut Majalah Forbes (2005). Beliau terlibat dalam pelbagai bidang perniagaan, termasuknya minyak, penternakan kuda bibit (di Australia), perjudian, studio kartun Hollywood, telekomunikasi, multimedia, perkapalan, tenaga, dan harta tanah. Syarikat-syarikatnya beroperasi di kebanyakan tempat di Asia Tenggara.

Pada tahun 1985, bersama Bob Geldof dari Britain, Ananda menjadi penaja konsert Band Aid yang sulung dan yang memainkan peranan penting dalam pengenalan Live Aid ke Asia Beliau tidak suka menonjolkan diri dan sentiasa memeliharakan profil yang rendah, akan tetapi kegiatan-kegiatan perniagaannya yang amat berjaya selalu menyebabkannya menjadi perhatian ramai.


Kerjaya

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, iaitu tempat asalnya, latar belakang Ananda sebelum tahun 1992 merupakan satu misteri. Banyak cerita mengenai kejayaannya melalui kegiatan-kegiatan perjudiannya di Australia dan sebagai pembuat tawaran perniagaan (dealmaker) kini telah pun disiarkan di media tempatan dan asing. Salah satu suku daripada kekayaannya datangnya daripada usaha perjudian (loteri, pertaruhan perlumbaan kuda).

Usaha Ananda yang sulung adalah dalam bidang perdagangan minyak. Sebelum 1992, Ananda merupakan seorang pembuat tawaran perniagaan dalam urus niaga minyak mentah yang mempunyai hubungan rapat dengan golongan pemimpin negara dan pegawai korporat industri petroleum di Asia. Beliau juga amat berjaya dalam pelbagai bidang perniagaan, termasuknya spekulasi pasaran minyak di Amerika Syarikat.

Perhubungan dengan tokoh-tokoh politik

Pada masa Tengku Razaleigh Hamzah berada di kemuncak kekuasaannya sebagai Menteri Kewangan Malaysia, Anandalah yang merupakan rakan yang sentiasa menghadiri perjumpaan-perjumpaan, baik sosial mahupun rasmi, bersama-samanya. Dan apabila Tengku Razaleigh terlibat dalam perunding-perundingan yang penting, Anandalah yang menjadi orang perantaraan. Tengku Razaleigh adalah yang memperkenalkan Ananda kepada Dr Mahathir dalam tahun 1970-an. Tetapi Ananda sendiri yang telah berusaha memupuk perhubungan beliau dengan Dr Mahathir. Walaupun hubungannya dengan Dr Mahathir semakin rapat, beliau mengekalkan hubungannya dengan Tengku Razaleigh. Setelah Tengku Razaleigh meninggalkan UMNO dan menubuhkan Semangat 46, Ananda telah memainkan peranan yang utama dalam pemulihan semula hubungannya dengan Dr Mahathir yang berakhir dengan pengembalian Tengku Razaleigh ke UMNO pada tahun 1996.

Oleh kerana hubungannya yang rapat dengan Dr Mahathir, Ananda sentiasa dianggap sebagai kroninya. Pada akhir tahun 1991, Ananda telah mengambil alih Industri Lumba Kuda Malaysia yang terletaknya di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur yang merupakan kawasan harta tanah yang termahal di Malaysia (dahulunya Padang Lumba Kuda Selangor). Beliau juga meraih keuntungan daripada dasar penswastaan Malaysia. Pada tahun 1993, sebuah syarikat yang dikuasai Ananda telah mengambil alih satu pertiga ekuiti dalam syarikat Powertek. Adalah Ananda yang meyakinkan Dr Mahathir terhadap pembinaan Menara Berkembar Petronas yang kini merupakan bangunan berkembar tertinggi di dunia, dan yang dimilik sebahagiannya oleh beliau.

Empayar multimedia

Pada awal 1990-an, Ananda memulakan sebuah empayar multimedia yang kini termasuk:
  • Maxis Communications Berhad (Maxis)
                   

  • Sistem Rangkaian Siaran Measat (MEASAT Broadcast Network Systems) - hak milik sebanyak 91%
                                                  



  • Astro All Asia Networks Plc


  • Binariang Satellites Systems Sdn Bhd (hak milik hampir 100%)
  • Bumi Armada Berhad
  • Objektif Bersatu Sdn Berhad - hak milik sebanyak 49%
  • Celestial Pictures Ltd yang berasas di Hong Kong - hak milik sebanyak 100%


Kejayaan

Ananda membeli 46% daripada ekuiti Maxis daripada Telekom British dan AT&T dengan harga sebanyak AS$680 juta dan menaikkan hak miliknya menjadi 70%. Maxis ialah syarikat telefon bimbit yang terbesar di Malaysia, dengan jumlah pengguna melebihi 8 juta, dan bahagian pasaran tempatan melebihi 40%.
Ananda juga merupakan ketua Astro All Asia Networks Plc yang merupakan rangkaian televisyen berbayar yang sulung di Malaysia. Beliau juga mempunyai rangkaian pawagam multipleks yang memegang lebih daripada 800 judul filem, serta memiliki sebahagian daripada TVB.com (cabang interaktif kepada penyiar utama di Hong Kong) dan arkib filem Shaw Brothers.

Pada tahun 1996, Ananda melancarkan satelit perhubungan Malaysia yang sulung, berikut kemudian dengan satelit yang kedua, melalui syarikatnya Binariang Satellites Systems Sdn Bhd. Bagaimanapun, kegawatan ekonomi yang melanda negara-negara Asia Tenggara mengurangkan keuntungan syarikat itu dan memaksanya memberhentikan sejumlah pekerja-pekerja dan menangguhkan beberapa projek multimedianya.

Ananda kini merupakan Rupert Murdoch Asia Tenggara. Apa yang membezakan Ananda daripada kroni-kroni yang lain ialah beliau telah berjaya mengumpulkan harta kekayaan berjuta-juta ringgit melalui usahanya di luar negara sebelum mengalihkan pandangan ke dalam negara.



TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY TAN SRI SYED


  • Pendidikan - SPM
  • Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
  • Kekayaan -RM1,425 juta
  • Ke 7 terkaya di Malaysia
  • Ke 32 terkaya di Asia




 Latar belakang kehidupan
         
Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951। Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga.

Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga। Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah.

Walaupun demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya। Keadaan itu juga mendorong beliau supaya memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,000 orang pelajar mendapat faedah daripada program tuisyen itu.



Pendidikan 

Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru। Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal's.

Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi। Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.


Mula berniaga

Pada tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut। Wabak itu merebak ke seluruh Selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua binatang ternakannya mati begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan bapanya dan membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan.

Sebenarnya, Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual। Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.

Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan। Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS.

Sebenarnya, seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah wang bagi baki dua permit yang tidak digunakannya। Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan menyerahkan permit itu kembali kepada MARA. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu.

Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras। Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud sehingga ke hari ini dan memiliki lebih daripada 40 buah lori.


Menubuhkan syarikat

Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau Perbadanan Kemajuan Bandar।

Seterusnya, pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas। Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dia berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.

Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan। Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras.

Dalam syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus। Perniagaan usaha sama yang diberi nama Bukhary Sdn. Bhd. itu memulakan operasinya pada 15 Julai 1976, di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah.


Perniagaan pakaian

Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, pembungkusan dan barter, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan। Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Apabila berjaya mendapat kontrak itu, beliau mula mencari pembekal. Pada mulanya, beliau membeli secara terus daripada pengilang.

Selepas membeli daripada pengilang, beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian। Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang Prai.

Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile। Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.


Perniagaan perkapalan

Tidak cukup dengan perniagaan pakaian, beliau juga bergiat dalam perniagaan perkapalan। Beliau menubuhkan Bukhari Shipping dan mendaftarkannya dengan pihak Perbendaharaan. Bukhari Shipping bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE. Melalui Bukhari Shipping, Tan Sri Syed Mokhtar membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD1 juta.

Kapal yang diberi nama Angsa Mas itu digunakan bagi mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak। Walau bagaimanapun, perniagaan itu mengalami kerugian yang menyebabkan beliau terpaksa menjual kapalnya pada harga USD600,000, iaitu rugi sebanyak USD400,000 (USD1 juta - USD600,000).

Pada masa yang sama, beliau mula mem*sensored*tkan diri dalam sektor pembangunan hartanah। Beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development.


Penglibatan dalam projek penswastaan

Beliau terlibat dalam projek penswastaan Johor Port Sdn। Bhd. dan Johor Tenggara Oil Palm Sdn.Bhd. Beliau membeli Johor Port melalui tender pada harga RM330 juta. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta. Melalui Johor Port Sdn. Bhd., beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Kini, Pelabuhan Tanjung Pelepas semakin maju hingga mereka berjaya meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas।

Projek penswastaan ketiganya adalah penswastaan air yang mana beliau menubuhkan Equiventure Sdn। Bhd., iaitu syarikat usaha sama di antara syarikatnya, Kembangan Dinamik dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis, Oneo. Pegangan Kembangan Dinamik dalam syarikat itu adalah sebanyak 49 peratus.


Kepentingan 

Beliau membeli MMC Corporation, iaitu syarikat kejuruteraan pada harga RM3 sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB)। Tan Sri Syed Mokhtar juga memiliki 22.7 peratus pegangan dalam Malakoff Berhad, iaitu syarikat pembekalan elektrik dan 20 peratus pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan.

Selain itu, beliau memiliki 18 peratus pegangan dalam Bernas yang terlibat dalam perdagangan beras dan 32 peratus pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan। Manakala 18।7 peratus pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik serta 100 peratus kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran buku.


Objektif penubuhan Yayasan al-Bukhary

Yayasan al-Bukhary ditubuhkan pada Mac 1996 sebagai badan kebajikan yang berperanan membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman antara peradaban। Antara objektif utama Yayasan al-Bukhary adalah menggalakkan persaudaraan sesama Islam. Yayasan ini terdiri daripada dua buah bahagian. Satu bahagian menjalankan kerja-kerja kebajikan manakala satu bahagian lagi menguruskan penyaluran dana daripada setiap syarikat yang mana Tan Sri Syed Mokhtar ada kepentingan di dalamnya.

Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan। Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia.


Projek-projek utama Yayasan al-Bukhary

Antara projek terbesar yang sedang dijalankan adalah pembinaan Kompleks al-Bukhary yang bernilai RM400 juta di Kedah yang dijangka siap pada akhir tahun 2004। Kompleks itu kelak memainkan peranan sebagai kompleks yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.

Antara projek besar yang disiapkan adalah Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta। Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Yayasan al-Bukhary juga membina 12 buah masjid di serata negara.Sumbangan dalam bidang pendidikan

Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7।75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah.

Selain itu, Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan।

Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah। Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM satu juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.

Tan Sri Syed adalah usahawan Bumiputera yang terkaya di Malaysia dengan kekayaan yang bernilai RM1।67 bilion.

Info ini diambil dari